
Karival Jom Heboh 2026
HPUNIMAS telah turut serta dalam menjayakan Karnival Jom Heboh 2026 anjuran Media Prima yang telah diadakan di Perkarangan Majlis Perbandaran Kota Samarahan, Sarawak.

Jalan Sihat Alam Bersih 2026
Kelab HPUNIMAS telah menganjurkan Program Jalan Sihat, Alam Bersih sebagai satu inisiatif bagi memupuk budaya hidup sihat dan meningkatkan kesedaran terhadap kelestarian alam sekitar dalam kalangan warga Hospital Pengajar UNIMAS.

Hari Jururawat 2026
Warga HPUNIMAS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Bank Rakyat Kota Samarahan atas ingatan sempena Hari Jururawat.

Jamuan Hari Raya 2026
Jamuan dan perkongsian ramah mesra bersama warga HPUNIMAS 2026 telah berlangsung dalam suasana yang santai dan penuh kemesraan.

Bubur Lambuk 2026
Dalam mengimarahkan lagi bulan Ramadan yang penuh keberkatan, HPUNIMAS telah menganjurkan Program Edaran Bubur Lambuk sebagai tanda kebersamaan dan keprihatinan kepada komuniti.

Sungkey Bersama 2026
Bagi mengimarahkan bulan Ramadan dan membina platform bagi memperkukuh silaturahim serta semangat kebersamaan dalam kalangan warga Hospital Pengajar UNIMAS telah dijalankan Majlis Sungkey dan Solat Maghrib Berjemaah HPUNIMAS.

Majlis Natal 2025
Majlis Sambutan Akhir Tahun dan Pertukaran Hadiah HPUNIMAS telah berlangsung dalam suasana penuh ceria bagi menghargai usaha dan komitmen warga kerja sepanjang 2025.

Celcom Digi 2025
Hospital Pengajar Universiti Malaysia Sarawak (HPUNIMAS) dan CelcomDigi hari ini telah melancarkan dua solusi inovatif dalam penjagaan kesihatan digital, iaitu MediRover dan MediDoc. Inisiatif ini bertujuan untuk memperluaskan akses penjagaan kesihatan kepada komuniti di kawasan pedalaman Sarawak dengan memanfaatkan teknologi 5G, AI, dan kesalinghubungan satelit.

Lawatan Universitas Tanjung Putra, Pontianak 2025
HPUNIMAS telah menerima kedatangan 30 pelajar dari Universitas Tanjungpura, Pontianak, dalam program Student Mobility and Education Tourism yang bertemakan Interprofessional Education and Collaborative Practices (IPECP). Program ini memberi peluang kepada pelajar jurusan Kedoktoran, Farmasi, dan Kejururawatan untuk mendalami amalan Hospital Acquired Infection Control serta aspek keselamatan pesakit yang diterajui oleh Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UNIMAS.

MRCS B 2025
The Intercollegiate MRCS Part B OSCE, in collaboration with the Royal College of Surgeons of Edinburgh (RCSEd) was successfully conducted at Pusat Kesihatan Prima, Hospital Pengajar UNIMAS.

HPUNIMAS X China Medical University 2025
Hospital Pengajar UNIMAS (HPUNIMAS) berbesar hati menerima kunjungan rasmi delegasi dari China Medical University Hospital (CMUH), Taiwan di Pusat Kesihatan Prima UNIMAS, bersempena lawatan hormat mereka kepada Timbalan Premier Sarawak, YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Majlis Nusantara 2025
Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2025, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah menganjurkan Rumah Terbuka yang bertemakan "Raya @ Nusantara", di mana Hospital UNIMAS (HPUNIMAS) turut mengambil bahagian dengan memperkenalkan tema "Raya Menseya Sarawak".

Bubur Lambuk 2025
Antara komitmen Hospital Pengajar UNIMAS (HPUNIMAS) untuk terus mendukung tradisi dan kebersamaan pada bulan Ramadan ini, buat pertama kali telah dilaksanakan Program Edaran Bubur Lambuk di Pusat Kesihatan Prima UNIMAS. Program ini bertujuan untuk merapatkan hubungan di antara staf, pelajar, serta pelawat, sekaligus membawa semangat kebersamaan dalam menyambut keberkatan bulan yang penuh makna ini.

Hari Raya 2025
Hospital Pengajar UNIMAS telah menganjurkan Majlis Berbuka Raya 2025 sebagai simbolik penghargaan terhadap semangat kebersamaan dan kemenangan selepas sebulan menunaikan ibadah puasa. Majlis yang berlangsung dalam suasana penuh kemesraan dan keceriaan ini menyemarakkan semangat Syawal yang mulia, mengeratkan silaturrahim dalam kalangan warga kerja HPUNIMAS.

Takbir Raya 2025
Takbir Raya Hospital Pengajar UNIMAS 2025. Dengan penuh rasa syukur dan kegembiraan, kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam. Semoga kedatangan Syawal ini membawa keberkatan, kebahagiaan, dan kedamaian kepada kita semua.

Lawatan Kerja Timbalan Menteri Kesihatan 2025
Hospital Pengajar UNIMAS dengan sukacitanya menerima lawatan rasmi YBrs. YB Dato' Lukanisman Bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, ke Pusat Kesihatan Prima UNIMAS hari ini. Lawatan ini bertujuan untuk meninjau kemudahan kesihatan yang disediakan serta membincangkan potensi kerjasama antara Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pusat Kesihatan Prima UNIMAS dalam memperkukuhkan sistem penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat setempat.

Hari Terbuka HPUNIMAS 2025
UNIMAS Teaching Hospital Open Day was a blast! Thank you for being a part of our very first introductory event. We couldn't have made it without our amazing visitors, the incredible vendors and partners who helped make it special, and the wonderful team who made this event a truly fulfilling occasion. Until we meet again!

Majlis Natal 2024
Majlis Sambutan Akhir Tahun dan Pertukaran Hadiah HPUNIMAS telah berlangsung dengan penuh kemeriahan bagi meraikan kerjasama, usaha keras dan juga untuk mengeratkan silaturrahim dalam kalangan warga HPUNIMAS.

Lawatan Kerja Kementerian Pendidikan Tinggi 2024
Hospital Pengajar UNIMAS dengan penuh sukacitanya menyambut kedatangan wakil Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) diketuai oleh YBhg. Datuk Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) - TKSU (PP), Encik Mohamad Azhan Md. Amir ke Pusat Perubatan Prima, UNIMAS bagi Program Lawatan Kerja belia ke Universiti Malaysia Sarawak untuk memantau pelaksanaan kemajuan projek-projek Pembangunan di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi.

Latihan Bomba 2024
Latihan Asas Keselamatan dan Kebakaran Siri ke-2 dengan kerjasama Pihak Bomba dari Balai Bomba Kota Samarahan telah dijalankan bagi melengkapkan tahap kebersediaan staf klinikal dan pengurusan HPUNIMAS yang bertugas di Pusat Kesihatan Prima, UNIMAS. Latihan ini telah dibahagi kepada dua sesi bagi meningkatkan kesedaran dan kecekapan semua staf HPUNIMAS dalam merancang dan mengambil tindakan keselamatan dan kebakaran di bangunan dan tempat kerja.

Hari Merdeka 2024
“Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh! Mari kita rayakan kemerdekaan dengan semangat perpaduan dan kecintaan kepada tanah air”
